Selasa, 30 Mac 2010

KURSUS JAHITAN SEPASANG BAJU MELAYU

Tarikh Kursus : 8 - 12 MAC 2010 ( 5 hari 4 Malam)
Tajaan             : RISDA
Tempat           : Pusat Latihan Akademi

Kursus ini khas kepada peserta yang telah mempunyai pengalaman membuat pakaian, namun kali ini fesyen yang disediakan adalah sepasang baju melayu dan sehelai kemeja. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penyediaan Rancangan Perniagaan serta semua peserta diberi peluang untuk bertemu dan mendapatkan maklumat serta menentukan temujanji dengan institusi kewangan dan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pembiayaan perniagaan kecil.



Sebahagian daripada peserta kursus
 
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan

Selasa, 2 Mac 2010

KURSUS GUNTING RAMBUT LELAKI

Tarikh Kursus : 22 - 24 FEBRUARI 2010 (3 Hari 2 Malam)
Tajaan             : RISDA
Tempat            : Pusat Latihan Akademi Ilham Bestari

Kursus ini merangkumi kemahiran asas yang perlu ada sebagai Tukang Gunting Rambut (khasnya lelaki), yang mana kebelakangan ini kemahiran ini semakin pupus di kalangan masyarakat melayu. Selain dari kemahiran, kesemua peserta turut dibekalkan satu set asas lengkap (Starting Tools) untuk memulakan perniagaan yang berkaitan. Sama ada untuk perniagaan secara sepenuh masa atau secara part time.