Selasa, 3 September 2013

SESI PENEMPATAN PEKERJAAN SESI 03/13

SESI PENEMPATAN PEKERJAAN SESI 03/13

Sesi Penempatan Pekerjaan telah diadakan pada 03 September 2013 di Dewan Peperiksaan Akademi Ilham Bestari. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti syarikat yang sesuai untuk pelatih bekerja selepas tamat kursus.

Berikut adalah syarikat yang dijemput untuk mengadakan taklimat dan sesi temuduga bagi pelatih-pelatih akademi;

1. Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (Syarikat Pengeluar Kereta Nissan), Segambut, KL
2. Yoss (M) Sdn Bhd (Kilang Jahitan Pakaian Seragam dan Uniform), Ipoh, Perak
3. Kymoasia Apperel Sdn Bhd (Kilang Jahitan Pakaian Kanak-kanak), Ipoh, Perak
4. Warna Bestari Sdn Bhd (Pengedar, Pusat Servis dan Alat Ganti Kereta Proton), Ipoh, Perak

Seramai 15 orang pelajar terlibat untuk sesi kali ini.




Adalah diharapkan para pelatih akademi mendapat manfaat dari program ini seterusnya mendapat pekerjaan yang sesuai selepas tamat kursus.

Isnin, 2 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013

Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 telah diadakan pada Hari Jumaat 23 Ogos 2013.  Berikut adalah aturcara majlis pada hari tersebut;

1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengarah Projek
3. Ucapan Pengurus Pusat Bertauliah
4. Persembahan Pelajar
5. Bergambar 










Untuk mengeratkan tali silaturahim, majlis sambutan kami ini dihadiri oleh ahli masyarakat / komuniti setempat. Antaranya Pengerusi dan AJK Taman, Pengerusi dan AJK Masjid, Ketua dan Ahli Kumpulan RELA dan lain-lain lagi.

Para pelatih telah bergotong royong menyediakan juadah untuk majlis tersebut. Antara juadah yang disediakan adalah;
1. Sate
2. Lemang
3. Rendang
4. Ketupat
5. Nasi Tomato
6. Laksa
7. Kuih Muih
8. Makanan Ringan



Dengan adanya majlis seperti ini diharap dapat mengeratkan kerjasama antara pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.